Tahniah atas penyertaan tuan/puan dalam menjayakan Bengkel PSPDRM ke-5 2026-2030 Siri 2/2025 bertempat di Maktab PDRM KL. Pihak Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) amat menghargai komitmen yang telah diberikan oleh tuan/puan.
Sehubungan itu mohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk: Memuat naik dokumen/hasil kerja berkaitan ke dalam link Google Drive yang disediakan dan menyemak folder Google Drive dari masa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Penglibatan aktif serta komitmen yang diberikan sepanjang bengkel ini amat kami hargai dan telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran program tersebut. Kami percaya ilmu serta pengalaman yang telah dikongsikan sepanjang bengkel ini akan memberi manfaat yang berterusan kepada semua pihak.